Saturday 24 December 2011

Welcome back to School

Buat Semua Warga SKSR Saya mengucapkan selamat kembali ke arena persekolahan bagi sesi 2012..dengan  azam dan matlamat yang baru..


Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.
Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.
Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.
RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan
Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat
Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...