PIBG

AJK PIBG
yang terlantik untuk sesi 2011/2012

Yang Dipertua PIBG               : Tn.Hj. Sulaiman bin Sabu
Naib yang dipertua                  : Tn.Hj. Samsudin bin Dikon
Setiausaha                               : En Azizuddin bin sarun
Bendahari                                : Pn Nakiah bt katib

AJK Ibu Bapa                         : 1) Tn Hj Limat
                                                  2) En Patah Raji bin Muhamad
                                                  3) Pn Junaidah bt Ahmad
                                                  4) Wakil Penjara

Pemeriksa kira-kira                 : 1) En Khairul Anuar bt Abd Jalil
                                                  2) Pn Rosnah bt Mansor



MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-35 SK SIMPANG RENGAM

Tarikh : 30 JUN 2011
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan SKSR

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35

1.      Ucapan YDP PIBG-En Musa bin Hj Marzuki

1.1  En Musa Bin Marzuki YDP PIBG SK Simpang Renggam mengalu-alukan kedatangan  YB En. Liang Teck Meng , ibu-bapa , AJK PIBG serta guru-guru. Beliau  bersyukur kerana Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini dapat dijalankan dengan jayanya. Seterusnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB En. Liang Teck Meng kerana sudi merasmikan mesyuarat Agung PIBG SK Simpang Rengam kali ke 35.

2.      Ucapan YB En Liang Teck Meng

2.1  Dalam Ucapannya,beliau telah mengulas tentang Falsafah pendidikan Negara iaitu          pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan supaya melahirkan potensi insan cemerlang.
2.2  Pesanan beliau, sebagai rakyat kita harus mempersiapkan diri untuk menghadapi arus pembangunan dan negara maju.
2.3  Beliau juga telah menjawab permintaan daripada YDP PIBG berkenaan permintaan membuat susur gajah (yang sudah usang) ,bahawa beliau akan berusaha mencari sumber kewangan untuk membaik pulih susur gajah tersebut.
2.4  Diakhir ucapan, beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke 35 dengan jayanya.

3.      Ucapan Tuan Guru Besar SK Simpang Rengam.

3.1  Tuan Hj. Md Zain Bin Salamal mengalu-alukan kehadiran YB En.Liang Teck Meng, YDP PIBG, ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru dan para ibu bapa
3.2  Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan pada tahun 2011 banyak perubahan berlaku, terutama dari segi fizikal sekolah dan akan ada lagi projek yang akan dijalankan pada tahun akan datang.
3.3  Guru Besar juga membentangkan prestasi sekolah dari segi akademik iaitu berkenaan tentang analisis dan pelunjuran UPSR.
3.4  Guru Besar telah menetapkan target sekolah SK Simpang Rengam ialah sekolah gemilang pada tahun akan datang.
3.5  Beliau juga menyatakan peratus UPSR semakin meningkat dan menyatakan pada tahun ini 2011 SK Simpang Rengam mensasarkan UPSR sabanyak 33 orang dan target tersebut akan dapat dicapai sekiranya kita dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin.
3.6  Guru Besar percaya menjelang 2012, SKSR akan mencapai target yang dikehendaki iaitu menjadi sekolah gemilang seterusnya kearah sekolah Kluster.
3.7  Guru besar juga menerangkan tentang SKPM Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan menjelaskan juga tentang GPS iaitu Gred Purata Sekolah.
3.8  Kerajaan melakukan perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan supaya dapat bersaing diperingkat globalisasi.
3.9  Kerajaan membuat pelbagai program, supaya menjadi anak-anak yang berketerampilan, kreatif, inovatif, sahsiah terpuji, dan dapat bersaing diperingkat global.

4.      Majlis Dialog dan Usul PIBG

4.1  Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34
Dibentang oleh                     : En Azizuddin bin Sarun
Cadangan                             : Tn Hj Limat
Disokong                             : En Khairul Anuar bin Abdul Jalil
Perkara berbangkit               : Tiada

4.2  Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan tahunan PIBG 2010
Dibentang oleh                     : Puan Nakiah bt Katib
Cadangan                            : En Khairul Anuar bin Abdul Jalil
Sokongan                             : En Rosli bin Abdullah

4.3  Guru Besar  berpuashati dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa kerana ramai yang menghantar usul kepada sekolah dan juga kepada pihak PIBG. Usul tersebut akan      diperbincangkan pada mesyuarat kali ini.

4.4  Usul 1 : Usul berkaitan dengan kurikulum

·        Ada 11 usul, 7 daripadanya berkenaan tentang kelas Tambahan.
i)                    Kelas tambahan - minta diadakan
ii)                  Kenapa tidak diberikan kelas tambahan atau tumpuan kepada murid yang lemah.
iii)                Beban beg yang berat.

·        Ulasan Guru Besar

Kelas tambahan

-          Terdapat kelas yang dibuat berdasarkan arahan Jabatan iaitu kelas Hikmah untuk pelajar cemerlang. Terdapat juga kelas tambahan bagi murid lemahatas inisiatif guru sendiri bermula awal februari hingga jun.Dalam semester ke 2, murid yang meningkat prestasinya akan digantikan dengan murid yang lain.
-          Pesanan Guru Besar, semasa pembelajaran dan pengajaran murid mesti mengambil perhatian kerana jika ingin mengharap pada guru dan waktu yang singkat semasa pembelajaran dan pengajaran memang agak sukar dilakukan.
-          Guru Besar juga menyarankan agar murid membuat kerja rumah yang diberikan agar keciciran dalam pelajaran dapat dikurangkan.
-          Punca murid kurang cemerlang dalam pelajaran ialah tidak membuat  kerja rumah dan latihan dan masalah kehadiran kelas dimana purata murid yang tidak hadir  ialah 50-70 orang dan bukan murid yang sama.Anggaran murid yang kerap tidak hadir ialah 150 orang.
-          Guru Besar juga mohon kita realistik mengakui prestasi sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.Beliau telah membuat analisis bahawa sekolah kita dalam trend yang menuju kearah sekolah yang gemilang.
-          Dalam soal ini Guru Besar menekankan jika ibu bapa memerlukan kelas tambahan, ibu bapa boleh menghantar anak ke kelas tambahan luar dan ibu bapa juga mesti memberi perhatian tentang kehadiran anak ke sekolah dan kerja rumah.


Kenapa tidak diberikan kelas tambahan atau tumpuan kepada murid yang lemah.

-          Guru Besar tidak menafikan ada kelemahan dipihak guru, tetapi murid juga mestilah memberi kerjasama supaya pembelajaran boleh berjalan dengan lancar.
-          Berkenaan kelas tambahan  murid yang lemah, bukan sekolah tidak buat  tetapi murid sendiri yang tidak mahu datang.Jadi ibu bapa perlu beri perhatian kepada anak masing-masing.
-          Sekiranya terdapat anak yang tidak dipanggil untuk ke kelas tambahan, ibu bapa boleh memohon untuk menyertai kelas tambahan tersebut tetapi murid  perlu memberi kerjasama dengan pihak guru dengan menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Beban beg yang berat.

-          Masalah beban beg yang berat memang berlaku dari dulu lagi.
-          Buku dan modul yang diberikan memang banyak, tetapi modul yang diberikan sebenarnya tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah dan mesti diserahkan pada guru mata pelajaran mengikut modul yang diberikan.
-          Murid-murid mempunyai jadual yang diberikan,sekiranya murid itu bijak dalam mengurus jadual dan memberi perhatian pada arahan guru masalah ini dapat diatasi.

4.5  Usul 2 : Usul berkenaan  kemudahan fizikal

·        Ada 10 usul daripada ibu bapa antara yang diperbincangkan ialah :
i)                    Kebersihan dan kerosakan tandas
ii)                  Memperbesarkan surau
iii)                Laluan dihujung bangunan minta di lebarkan
iv)                Kawasan rehat yang lebih
v)                  Papan hitam agar ditukarkan kepada papan tulis (whiteboard)

·        Ulasan Guru Besar

kebersihan dan kerosakan tandas.
-          Sk Simpang Rengam merupakan satu organisasi yang besar,oleh kerana itu memang tidak di nafikan jika berlaku kerosakan pada tandas.Sekolah tidak mendapat kos membaik pulih dan peruntukan kewangan sejak tahun 2009 lagi.
-          Cuma 2 tandas sahaja yang bermasalah di sekolah ini iaitu di bangunan 2 tingkat.Murid yang belajar di bangunan berkenaan dibenarkan menggunakan tandas guru yang terdapat di bangunan tersebut.
-          Walaubagaimanapun masih ada 4 lagi tandas murid yang boleh digunakan.
-          Guru besar menyarankan, kita perlu bersama dalam mendidik anak-anak.

Memperbesarkan surau
-          Melakukan sistem giliran semasa solat asar.
Dicadang oleh: En Khairul Anuar
-          Sistem giliran semasa solat asar telah pun dijalankan di sekolah.

Laluan dihujung bangunan minta di lebarkan
-          Sekolah akan berusaha untuk mengambil tindakan dalam masalah ini.

Kawasan rehat yang lebih
-          Sekolah sudah berusaha untuk mengadakan kawasan rehat, tetapi terdapat anasir-anasir yang kurang baik dikalangan pelajar terhadap meja rehat yang disediakan.
-          Walaubagaimanapun sekolah akan berusaha untuk menambahkan kawasan rehat tersebut.

Papan hitam agar ditukarkan kepada papan tulis (whiteboard)
-          Guru besar menyatakan usul ini jika dilaksanakan akan melibatkan kos yang tinggi. Jika siap pasang anggaran kos dalam RM700.Sekolah akan usahakan sekiranya tabung PIBG mencukupi untuk diperuntukkan membeli whiteboard.
-          Dibangunan baru sekolah ini, semua kelas menggunakan whiteboard.

4.6  Usul 3: Kewangan PIBG

·        Sebagai dana PIBG,dicadangkan setiap murid atau ibu bapa menderma RM1 setiap bulan selain daripada derma yang telah ditetapkan.
·        Ulasan guru besar
-          Banyak program dapat dijalankan jika kantung PIBG bertambah.
Cadangan : En khairul anuar
Meminta satu keluarga  menderma RM1

Disokong  : Ibu bapa

4.7  Usul-usul lain
·         Usul keselamatan jalan raya dan kebersihan makanan
-          Mengadakan kursus tentang keselamatan jalan raya dan kebersihan makanan
-          Guru besar menyarankan kepada GPK HEM  untuk mengendalikan usul ini.

·         Usul berkenaan bekas pelajar
-          Mencadangkan agar menjemput bekas-bekas pelajar untuk berkongsi idea dan meraikan majlis disamping menjadi contoh kepada murid-murid.

·         Berkenaan tentang penjualan buku/makanan ringan diluar kawasan sekolah
-          Guru besar menyatakan perkara diatas adalah tindakan pihak perbandaran dan ahli PIBG telah mencadangkan agar menghantar surat kepada Majlis perbandaran.
-          Perkara diatas juga adalah diluar bidang kuasa pihak sekolah.

·         Kes kecurian dalam bilik darjah (kelas minta dikunci)
-          Guru besar menjelaskan murid telah diarahkan rehat dikantin seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah, tetapi murid masih berdegil masuk kedalam kelas semasa waktu rehat.
-          Guru besar menyarankan agar GPK HEM dan GPK petang menyelia dan memantau masalah ini.

4.8  Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menghantar usul-usul tersebut dan diharapkan ibu bapa berpuas hati dengan ulasan daripada usul-usul yang telah diajukan.

5.      Pembubaran AJK PIBG tahun ( 10/ 11) dan perlantikan baru AJK PIBG tahun ( 11/12)

AJK PIBG  yang terlantik untuk sesi 2011/2012

Yang Dipertua PIBG                            : Tn.Hj. Sulaiman bin Sabu
Naib yang dipertua                              : Tn.Hj. Samsudin bin Dikon
Setiausaha                                            : En Azizuddin bin sarun
Bendahari                                            : Pn Nakiah bt katib

AJK Ibu Bapa                                      : 1) Tn Hj Limat
                                                              2) En Patah Raji bin Muhamad
                                                              3) Pn Junaidah bt Ahmad
                                                              4) Wakil Penjara

Pemeriksa kira-kira                              : 1) En Khairul Anuar bt Abd Jalil
                                                              2) Pn Rosnah bt Mansor

6.      Agenda Penangguhan

·         Yang Dipertua PIBG En Musa bin Marzuki menyerahkan tugas kepada YDP yang baru Tn.Hj. Sulaiman bin sabu untuk memberikan ucapan penangguhan.
·         Beliau mengucapkan  ribuan terima kasih ke atas tanggungjawab yang diberikan dan akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
·         Yang Dipertua PIBG menangguhkan Mesyuarat agong PIBG Kali ke 35 SK Simpang Rengam Tahun 2011.



Disediakan oleh,





AJK Pencatat Minit:
Pn Siti Nor Mazidah bt Awang
Pn Norliza bt Ramli
Pn Yusmawati bt Md Yusof
Pn Nor Aishah bt Ramli

Mesyuarat Agung PIBG,
SK Simpang Rengam kali ke-35,
Tahun 2011.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...